Login or Register for free!
User Block
Hi Guest
IP: 38.107.179.210

Username
Password
Navigator
Whois Online
US 38.107.x.x
US 38.107.x.x
US 38.107.x.x
US 38.107.x.x
Unknown 203.135.x.x
Unknown 110.159.x.x
US 38.107.x.x
Unknown 180.75.x.x
Unknown 175.143.x.x
Unknown 175.142.x.x
Unknown 118.100.x.x
US Google spider
Blog Pilihan
Icon Articles
Karnival Prihatin 1Malaysia Unik, Tingkat Kualiti Hidup Rakyat
Date 29/01/2012 08:09 Author UMNO Online Hits 15
Print Pdf RSS
PAGOH, 28 Jan - Program Karnival Prihatin 1Malaysia anjuran Pergerakan Puteri UMNO merupakan program yang mempunyai keunikan tersendiri di dalam membentuk semangat kebersamaan dan kekitaan di dalam masyarakat, juga merupakan lambang perpaduan yang terbina sejak sekian lamanya, ujar Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abd Rashid Sirlin. Tambahnya, program ini secara jelas bermatlamatkan membina lebih [...]

Lagi Berita Berkaitan :

  • BN Tingkat Hidup Rakyat Bandar, Luar Bandar
  • Kerajaan Fokus Tingkatkan Kualiti Hidup – Najib
  • Perdana Menteri Lancar Kempen Menjiwai 1Malaysia
  • BN Ikrar Tingkat Kerjasama Komponen Untuk Raih Sokongan Rakyat

  • PAGOH, 28 Jan - Program Karnival Prihatin 1Malaysia anjuran Pergerakan Puteri UMNO merupakan program yang mempunyai keunikan tersendiri di dalam membentuk semangat kebersamaan dan kekitaan di dalam masyarakat, juga merupakan lambang perpaduan yang terbina sejak sekian lamanya, ujar Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abd Rashid Sirlin.

    Tambahnya, program ini secara jelas bermatlamatkan membina lebih banyak ruang untuk masyarakat berbilang kaum menjalankan aktiviti bersama.

    Melalui Karnival Prihatin 1Malaysia ini, jelas beliau Puteri UMNO anjurkan pelbagai aktiviti yang memberi pendedahan tentang gaya hidup sihat, kesukanan, kebudayaan sehinggalah kenegaraan.

    “Sememangnya program ini lambang keprihatinan kerajaan di dalam usaha meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat. Uniknya program ini, Puteri UMNO menyasarkan penyertaan dari generasi muda yang berusia bawah 35 tahun kerana anak-anak muda ini merupakan aset penting kepada negara.

    “Bak kata pepatah, jika mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah kepada generasi mudanya. Maka, kita percaya asas kepada pembinaan masyarakat yang bahagia adakah melalui pengamatan gaya hidup yang sihat,” ujarnya ketika berucap dalam perasmian penutup Karnival Prihatin 1Malaysia peringkat Parlimen Pagoh oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Felda Sri Jaya, Pagoh Jaya sebentar tadi.

    Jelas beliau lagi selaras dengan matlamat tersebut, program ini menyediakan pelbagai kaunter kesihatan kepada pengunjung melakukan pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan nasihat penjagaan kesihatan yang betul dan percuma.

    “Setiap dari kita harus percaya mencegah itu lebih baik dari merawat. Sesungguhnya kesihatan itu adakah hak milik setiap insan”, katanya.

    Justeru beliau menyatakan betapa Pergerakan Puteri UMNO merasa berbesar hati kerana telah diberikan peluang untuk menjadi penggerak kepada program yang sebesar ini.

    “Ini melambangkan betapa Puteri sentiasa mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.

    “Kita percaya sudah tiba masanya program anak-anak muda digerakkan sendiri oleh jentera muda kerana anak-anak mudalah yang lebih memahami keperluan dan kehendak generasi mereka,” ujarnya yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. -MediaUMNO

    Lagi Berita Berkaitan :

  • BN Tingkat Hidup Rakyat Bandar, Luar Bandar
  • Kerajaan Fokus Tingkatkan Kualiti Hidup – Najib
  • Perdana Menteri Lancar Kempen Menjiwai 1Malaysia
  • BN Ikrar Tingkat Kerjasama Komponen Untuk Raih Sokongan Rakyat


  • Source: UMNO Online
    Tags - Del Tec Bli Spu Dig
    There are no comments.
     
     
    Portal Oleh: Unit ICT 2010-2011