PAS mengidam jawatan MB Johor @ hanya mimpi di siang hari ?
08/02/2012 18:40 GENERASI PEJUANG BANGSA 24
Teka teki Din Puduraya akan kembali bertanding di Johor terjawab bila Pesuruhjaya PAS negeri terbabit mengesahkan bahawa ini bukan khabar angin lagi tetapi benar.
Lebih mengejutkan lagi , PAS telah memukul gendang awal bahawa Salahuddin Ayub bakal Menteri Besar jika berjaya menumbangkan BN di PRU 13. Selepas Pak Jabit PKR yakin Negeri Sembilan bakal ditawan macam kacang sekali, kini Johor yang merupakan kubu terkuat UMNO pulak .
Pandangan GPB dalam isu ini ialah PAS bodoh kerana cepat sangat melatah dalam isu siapa calon MB jika menang. Siapa Naib Presiden PAS di mata rakyat Johor ?? Apa jasanya kepada rakyat Johor sebelum ini ?
Semua ini hanya rakyat negeri terbabit boleh memberi jawapannya .
Harus diingat Melayu Johor tak sama dengan Melayu di Kelantan dan Kedah ...
PAS nampaknya mungkin tak mahu berlajar lagi kekalahan Cikgu Mala di PRK Tenang dahulu ....
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor, sekiranya Pas menguasai negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.
Keputusan ini bukan lagi khabar angin. Memang benar dan Salahuddin akan kembali ke negeri kelahirannya untuk menguatkan Pas dan pada masa sama memberi motivasi kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) di selatan Semenanjung,? katanya.KLIK DI SINI