KUALA LUMPUR, 8 Feb. ? Barisan Nasional (BN) perlu terus diberi mandat atas keupayaan dan kebertanggungjawabannya melaksanakan amanah kepada rakyat selain daripada kesinambungan pembangunan yang perlu dilakukan secara berterusan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya menekankan bahawa pengalaman lalu apabila rakyat Sabah pernah melalui era hidup di bawah pentadbiran pembangkang dan keperitan dialami sukar dilupakan.
?Kita di Sabah ini pernah diperintah oleh pihak pembangkang, kemajuan tidak dapat dilakukan. Kita mengekalkan BN kerana kita nampak dari segi pembangunan dan kemajuan umpanya di Batu Sapi sendiri, dulu jalan hanya satu lorong tapi sekarang sudah dua lorong, ertinya pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN ini sudah begitu banyak sekali sama da dari segi perumahan dan pembangunan sekolah baru,? katanya yang juga Ketua UMNO Bahagaian Batu Sapi.
Jelas beliau, rakyat dapat menilai sendiri bagaimana perubahan dalam kehidupan apabila BN menerajui kepimpinan di semua peringkat.
?Kita nampak kemajuan lebih pesat kerana semasa pembangkang lalu, kita telah sedar bahawa mereka hanya menabur janji tetapi tidak dapat melaksanakan janji-janji tersebut berbanding BN yang tidak berjanji tetapi menjalankan tanggungjawab untuk kepentingan rakyat. Ini perbezaannya dan kerana itulah BN harus dikekalkan.
?Kerajaan yang diterajui BN tahu dan memahami permasalahan rakyat apatah lagi rakyat mahukan perubahan setelah merasai betapa susahnya apabila terpinggir daripada arus kemajuan dan saya yakin rakyat Sabah tidak mahu melaluinya lagi,? ujar beliau.
DUN Sekong yang terletak dalam Parlimen Batu Sapi sebelum ini turut mendapat perhatian ekoran Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada 4 November 2010 selepas kematian penyandangnya.
?Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri, Timbalan beliau dan juga Ketua Menteri dimana janji-janji yang dibuat dalam PRK tersebut telah dapat dilaksanakan lebih kurang 85 peratus.?
Antaranya ialah projek melebarkan jalan dan ini termasuk peruntukan serta-merta RM16 juta yang diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk membesarkan Jalan Sibuga sejauh 2.75 kilometer selain turut diwujudkan Kluster Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) di Batu Sapi dan pembukaan kilang yang memberi peluang pekerjaan kepada anak tempatan dan orang kampung tanpa mereka perlu berhijrah ke Kota Kinabalu atau Semenanjung untuk mencari kerja.
?Inilah bukti bahawa janji-janji disempurnakan oleh kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri, malah kalau di kawasan DUN yang saya wakili sendiri jika dulu kita gunakan jambatan daripada kayu tetapi sekarang ini kita telah naik taraf jambatan-jambatan kepada semi konkrit.
?Begitu juga di pulau-pulau apabila kita menggunakan jeti pendaratan nelayan dengan menukarkan kepada semi konkrit selain banyak lagi jalan-jalan kampung yang telah dinaikkan taraf.?
Jelasnya lagi, semua ini telah membawa kesejahteraan kepada rakyat dan itu berbeza dengan pembangkang yang tidak boleh bawa apa-apa.
?Saya yakin rakyat Sabah amat memahami dan amat menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh kerajaan pusat, selain akan memastikan dalam pilihan raya akan datang akan terus mengundi BN. Saya yakin negeri Sabah akan jadi kubu kuat dan menjadi simpanan tetap kepada BN. – MediaUMNO
Lagi Berita Berkaitan :
BN Perlu Pegang Dua Teras Untuk Peroleh Mandat Penuh Rakyat
Masyarakat Cina Perlu Berfikir Rasional, Undi Untuk Kestabilan Politik, Pembangunan
Puteri DiMinta Kekalkan Momentum Perhimpunan Ke Galas, Batu Sapi
PM Mahu Rakyat Manfaat Internet Untuk Kesinambungan Sosial

Source: UMNO Online |