Login or Register for free!
User Block
Hi Guest
IP: 38.107.179.211

Username
Password
Navigator
Whois Online
US 38.107.x.x
US 38.107.x.x
Unknown 91.201.x.x
Unknown 175.139.x.x
Unknown 180.76.x.x
US 38.107.x.x
US 38.107.x.x
Unknown 180.75.x.x
US 38.107.x.x
Unknown 77.30.x.x
Unknown 192.168.x.x
Unknown 110.159.x.x
Unknown 202.93.x.x
Unknown 180.76.x.x
Unknown 175.140.x.x
Unknown 175.145.x.x
Unknown 203.82.x.x
MY 60.53.x.x
Unknown 210.195.x.x
MY 60.53.x.x
Unknown 203.82.x.x
ZZ 10.129.x.x
MY 60.52.x.x
Unknown 180.76.x.x
US Google spider
US Google spider
US MSN spider
Blog Pilihan
Icon Articles
Kenapa Perlu Selamatkan Madrasah Salihiah, Kanchut?
Date 08/02/2012 22:41 Author UMNO Online Hits 32
Print Pdf RSS
Alor Setar, 8 Feb- Madrasah Salihiah Kanchut yang terletak di Jalan Tambang Badak, Alor Setar, ini tidak akan menjadi isu kontroversi seandainya segala status dengan tanah wakaf ini dipatuhi. Madrasah ini telah dibina pada tahun 1327 Hijrah atau 1909, kini telah berusia 102 tahun, ujar Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS), Dr Sobri [...]

Lagi Berita Berkaitan :

  • Selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut!
  • Madrasah Salihiah: Kerajaan Negeri Kedah Perlu Dengar Suara Rakyat
  • Untuk Halalkan Roboh Madrasah, Pas Cuba Selewengkan Fakta Kompleks Al-Bukhary
  • Apa Bezanya Madrasah Salihiah Dengan Surau Kampung Berembang?

  • Alor Setar, 8 Feb- Madrasah Salihiah Kanchut yang terletak di Jalan Tambang Badak, Alor Setar, ini tidak akan menjadi isu kontroversi seandainya segala status dengan tanah wakaf ini dipatuhi. Madrasah ini telah dibina pada tahun 1327 Hijrah atau 1909, kini telah berusia 102 tahun, ujar Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS), Dr Sobri Sudin.

    Ujarnya, bangunan yang asalnya diperbuat daripada kayu itu diasaskan antaranya oleh Hajah Aisyah dengan tapak asal Madrasah tersebut adalah kira-kira 0.1 hektar namun mengecil kepada 0.08 hektar selepas sebahagian daripada tanahnya diambil untuk tujuan pembinaan jalan raya.

    ?Tapaknya berstatus tanah wakaf khas yang dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama.

    “Dari sudut syariat Islam, bila seseorang pewakaf mewakafkan tanah khas untuk dibangunkan surau atau madrasah, maknanya pemegang amanah selepas itu haruslah memastikan syiar dan syariat itu dipertahankan sehingga ke hari kiamat,? ujarnya ketika temubual eksklusif bersama UMNO-Online baru-baru ini.

    Tambahnya, mereka hairan dengan sikap kerajaan negeri di bawah pentadbiran PAS yang dikatakan memperjuangkan Islam walhal mereka mengetahui bahawa lot 623 di mana terletaknya madrasah ini berstatus tanah wakaf khas.

    ?Jadi kenapa untuk tujuan pembangunan ini, pihak EXCO Kerajaan Negeri buat kertas cadangan untuk mengambil tanah ini. Kemudian isu kedua ialah jawatankuasa madrasah ini telah menyerahkan tanah ini kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sebagai pemegang amanah. Sebagai pemegang amanah, mereka bukanlah tuan punya tanah. Jadi bagaimana penjualan tanah dari pihak MAIK kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan dari PKNK kepada pihak pemaju, Belleview Group tanpa keizinan dari pemilik tanah boleh berlaku.

    “Dalam masa yang sama, persoalan yang harus dijawab oleh kerajaan negeri ialah mengapa tanah yang seluas 0.08 hektar menjadi cukup berharga untuk dibangunkan sedangkan dari sudut kepentingannya, projek Aman Central boleh dibangunkan tanpa diusik tapak dan bangunan ini,? tambahnya lagi.

    Beliau memberikan contoh pembangunan Mid Valley Megamal di Bangsar, bagaimana Tokong Hindu di tengah-tengah kawasan pembangunan dirizabkan dan kekal sehingga ke hari ini. Ianya kerana pemaju dan kontraktornya Melayu, mampu menjaga sensitiviti bangsa dan agama lain.

    Contoh kedua, ketika kerajaan Barisan Nasional menerajui Kedah sebelum ini, ketika pembangunan mini Putrajaya di Anak Bukit, terdapat satu tokong Hindu lama, jadi bila dibuat jalan, terpaksa dilencongkan demi untuk mengekalkan tokong hindu tersebut.

    ?Jika kerajaan PAS yang mendakwa memperjuangkan Islam memahami realiti sensitiviti ini, maka mereka tidak akan mengusik tapak tanah wakaf khas selain bangunan dua tingkat Madrasah Salihiah ini,? ujarnya lagi.

    Sila ikuti temubual ekslusif UMNO-Online bersama Dr Sobri Sudin, Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) dalam Youtube MediaUMNO.

     

    FAKTA MADRASAH SALIHIAH KANCHUT

    Terletak di Jalan Tambang Badak, Alor Setar, KEDAH

    DIBINA pada tahun 1327 Hijrah atau 1909. Kini berusia 102 tahun.

    Bangunan yang asalnya diperbuat daripada kayu itu diasaskan antaranya oleh Hajah Aisyah.

    Tapak asal Madrasah Salihiah adalah kira-kira 0.1 hektar namun mengecil kepada 0.08 hektar selepas sebahagian daripada tanahnya diambil untuk tujuan pembinaan jalan raya.

    Tapaknya berstatus tanah wakaf khas yang dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama.

    Madrasah itu kini mempunyai kira-kira 200 ahli kariah, bahkan kariah dari Jalan Titi Siam, Kampung Pisang, Jalan Menanti dan umat Islam lain juga menggunakan kemudahan yang ada di madrasah itu.

    Setelah sekian lama digunakan, pada 23 Oktober 2011 pihak Madrasah Salihiah menerima notis daripada Kerajaan Negeri Kedah agar mengosongkan bangunan madrasah itu untuk dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

    Ahli kariah tidak berpuas hati kerana ia melanggar keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kedah pada 8 Rejab 1431 iaitu 21 Jun 2010 yang menyatakan. ?Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa surau ini hendaklah dikekalkan di tempat asalnya tanpa diruntuhkan struktur asal bangunan tersebut demi kemaslahatan jemaah berdekatan untuk beribadat dan melakukan aktiviti keagamaan.?

    Namun pada cabutan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 4 Julai 2011, jawatankuasa itu membuat pindaan terhadap keputusan yang dibuat pada 21 Jun 2010.

    Pindaan itu membenarkan madrasah itu digantikan dengan surau baru yang dibina oleh pemaju dengan beberapa syarat ditetapkan.

    Notis mengosongkan bangunan itu diberikan lagi oleh kerajaan negeri yang berakhir 10 November 2011 bagi pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob.

    Kerajaan negeri berjanji akan menggantikan Madrasah Salihiah Kanchut dengan surau baru di pusat beli-belah tersebut.

    Lagi Berita Berkaitan :

  • Selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut!
  • Madrasah Salihiah: Kerajaan Negeri Kedah Perlu Dengar Suara Rakyat
  • Untuk Halalkan Roboh Madrasah, Pas Cuba Selewengkan Fakta Kompleks Al-Bukhary
  • Apa Bezanya Madrasah Salihiah Dengan Surau Kampung Berembang?


  • Source: UMNO Online
    Tags - Del Tec Bli Spu Dig
    There are no comments.
     
     
    Portal Oleh: Unit ICT 2010-2011