Login or Register for free!
User Block
Hi Guest
IP: 38.107.179.213

Username
Password
Navigator
Whois Online
US 38.107.x.x
Unknown 203.82.x.x
Unknown 175.144.x.x
US 38.107.x.x
MY 60.51.x.x
US 38.107.x.x
MY 60.49.x.x
MY 60.50.x.x
US 38.107.x.x
Unknown 180.76.x.x
Unknown 175.136.x.x
Unknown 175.136.x.x
Unknown 182.63.x.x
US 38.107.x.x
Unknown 175.136.x.x
Unknown 110.159.x.x
Unknown 175.145.x.x
Unknown 199.21.x.x
Unknown 203.82.x.x
Unknown 115.135.x.x
Unknown 157.55.x.x
MY 60.54.x.x
Unknown 180.76.x.x
ZZ 10.128.x.x
Unknown 175.144.x.x
Unknown 208.115.x.x
Unknown 113.210.x.x
US Google spider
Blog Pilihan
Icon Articles
Terasa Bahang Ditolak Rakyat, Kerajaan Selangor Rakus Jual Aset Negeri
Date 09/02/2012 02:42 Author UMNO Online Hits 35
Print Pdf RSS
SHAH ALAM, 8 Feb ? Tindakan terburu-buru dan rakus kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan pakatan pembangkang dalam menjual aset-aset yang dimiliki Yayasan Selangor disifatkan sebagai satu persediaan awal mereka yang sebenarnya sudah mula merasai bahang bakal ditolak rakyat negeri itu pada pilihanraya umum akan datang. Justeru menurut Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul [...]

Lagi Berita Berkaitan :

  • Kerajaan Selangor Rakus – Alumni Yayasan Selangor Bantah Roboh Dua Asrama
  • Usul BN DiTolak: Kerajaan Negeri Selangor Cuba Tutup Isu Pasir
  • Kerajaan Negeri Selangor Penuh Retorik, Cakap Tak Serupa Bikin
  • Rakyat Makin Terhidu Kepincangan Kerajaan Negeri Selangor

  • SHAH ALAM, 8 Feb ? Tindakan terburu-buru dan rakus kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan pakatan pembangkang dalam menjual aset-aset yang dimiliki Yayasan Selangor disifatkan sebagai satu persediaan awal mereka yang sebenarnya sudah mula merasai bahang bakal ditolak rakyat negeri itu pada pilihanraya umum akan datang.

    Justeru menurut Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustaffa segala harta yang ada perlu dihakis dan dilangsaikan segera sebelum kerajaan negeri Selangor kembali ke tangan Barisan Nasional (BN).

    ?Kini, segala aset Yayasan Selangor tergadai sudah, apa saja simpanan kerajaan negeri habis digunakan atas kepentingan pakatan PKR-DAP-pas di Selangor ini.

    ?Kerajaan Selangor hari ini buat sesuatu untuk rakyat negerinya hanya bermotifkan keuntungan politik mereka. Mereka tidak memberi atau membuat pembangunan kepada rakyat Selangor sebaliknya hanya pandai menjual segala aset yang ada?, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

    Tegas beliau apa pembangunan yang boleh dibanggakan di Selangor dalam tempoh empat tahun pembangkang perintah?

    ?Daripada kita (BN) rakyat ada aset PKNS dan Yayasan Selangor, hari ini semuanya nak dijual mereka. Sewaktu BN mentadbir dahulu, kita sediakan tapak-tapak pasar tani dan pasar malam, hari ini kita lihat sewa premis-premis ini semuanya dinaikkan.

    ?Jelas ini bercanggah dengan manifesto mereka. Dahulu kata nak sediakan kemudahan premis untuk usahawan, tapi hari ini bukan sahaja tak ada tetapi nak naik pula sewa dan tekan usahawan,? ujarnya yang juga Setiausaha Sekretariat Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

    Sehubungan dengan itu, beliau mengajak rakyat Selangor menilai sendiri keberkesanan dan kejayaan kerajaan pakatan pembangkang sejak mereka mentadbir Selangor sejak tiga tahun lalu.

    ?Adakah ini mutu perkhidmatan yang kita mahukan dari sebuah kerajaan yang mewar-warkan ketelusan sebaliknya apa yang mereka buat pada hari ini, bukan sahaja tidak memberi keselesaan malah memberi beban kepada rakyat Selangor,? tambahnya lagi. -MediaUMNO

    Lagi Berita Berkaitan :

  • Kerajaan Selangor Rakus – Alumni Yayasan Selangor Bantah Roboh Dua Asrama
  • Usul BN DiTolak: Kerajaan Negeri Selangor Cuba Tutup Isu Pasir
  • Kerajaan Negeri Selangor Penuh Retorik, Cakap Tak Serupa Bikin
  • Rakyat Makin Terhidu Kepincangan Kerajaan Negeri Selangor


  • Source: UMNO Online
    Tags - Del Tec Bli Spu Dig
    There are no comments.
     
     
    Portal Oleh: Unit ICT 2010-2011