Login or Register for free!
User Block
Hi Guest
IP: 38.107.179.214

Username
Password
Navigator
Whois Online
US 38.107.x.x
Unknown 180.76.x.x
Unknown 210.187.x.x
Unknown 115.134.x.x
Unknown 203.82.x.x
MY 124.13.x.x
Unknown 118.100.x.x
US 38.107.x.x
Unknown 203.82.x.x
Unknown 175.144.x.x
US 38.107.x.x
MY 60.51.x.x
US 38.107.x.x
MY 60.49.x.x
MY 60.50.x.x
US 38.107.x.x
Unknown 180.76.x.x
Unknown 175.136.x.x
Unknown 182.63.x.x
Unknown 175.136.x.x
Unknown 175.136.x.x
Unknown 110.159.x.x
Unknown 175.145.x.x
Unknown 199.21.x.x
Unknown 203.82.x.x
Unknown 115.135.x.x
Unknown 157.55.x.x
MY 60.54.x.x
Unknown 180.76.x.x
ZZ 10.128.x.x
Unknown 175.144.x.x
Unknown 208.115.x.x
US MSN spider
US Google spider
Blog Pilihan
Icon Articles
Hadi Makin Sengsara Gara-Gara Penyakit Dibawa Parasit
Date 09/02/2012 02:42 Author UMNO Online Hits 42
Print Pdf RSS
KUALA LUMPUR  8 Feb ? Walaupun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akur dengan keputusan Lajnah Politik parti itu yang menolak hasratnya mengundurkan diri menjadi calon dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, namun ianya hanyalah bersifat penawar sementara kerana bahana yang lebih besar sedang menanti parti itu. Ini kerana keputusan berkenaan mungkin sebagai [...]

Lagi Berita Berkaitan :

  • Kafirkan Bapa Sendiri Gara-Gara ‘Totok’ Pas Bukan Perkara Pelik
  • Pas Bakal Dilanda Musibah Gara-Gara Taksubnya Nik Aziz Terhadap Anwar
  • Gara-Gara Keluar PKR, Anwar Sanggup Tolak Salam
  • Mat Sabu… Dari “Singa Lapar” Menjadi “Tikus Mondok” Gara-gara Perbualan Seks

  • KUALA LUMPUR  8 Feb ? Walaupun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akur dengan keputusan Lajnah Politik parti itu yang menolak hasratnya mengundurkan diri menjadi calon dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, namun ianya hanyalah bersifat penawar sementara kerana bahana yang lebih besar sedang menanti parti itu.

    Ini kerana keputusan berkenaan mungkin sebagai ?penyedap rasa? kepada Ahli Parlimen Marang itu yang mungkin tertekan dengan pelbagai masalah dalaman yang menimpa parti tersebut gara-gara parasit sepertimana yang didedahkan oleh Datuk Dr Hasan Ali, kata bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ghazali Ahmad.

    ?Kedudukan Hadi hari ini umpama telur di hujung tanduk kerana keyakinan dan kepercayaan terhadap beliau makin goyah dan ditambah pula dengan kepimpinan parti itu yang dibarisi hampir 75 peratus bukan golongan ulama menambahkan lagi derita beliau.

    ?Tidak peliklah Hadi hari ini terkepung di dalam kepimpinannya sendiri dan tidak mengejutkan keputusan awal beliau baru-baru ini yang mana beliau tidak mahu bertanding, namun berubah selepas itu,? katanya kepada UMNO-Online di sini.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas tumpuan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikatakan tertekan dan makin terhimpit gara-gara krisis dalaman Pas yang berlaku hari ini.

    Ustaz Ghazali seterusnya menambah penyakit dalaman Pas sepertimana ungkapan parasit oleh Dr Hasan Ali baru-baru ini bukanlah satu perkara baru sebaliknya telah lama berlaku.

    Cuma ujar beliau penyakit berkenaan yang telah lama meresapi parti berkenaan mula diketahui umum dan sedikit sebanyak telah memberi kesan dan risiko yang cukup besar bukan sahaja kepada Hadi malah kepada parti itu sendiri.

    ?PRU 13 cukup getir bukan sahaja kepada Pas malah kepada Hadi itu sendiri dan mungkin pilihan raya kali ini adalah yang terakhir untuk beliau sebelum dikeluarkan secara terhormat oleh parti berkenaan.

    ?Mungkin hari ini Hadi tidak lena tidur malam memikirkan parti beliau yang semakin hari semakin hanyut. Percayalah jika beliau terus menerus dengan sikapnya, Pas akan berdepan dengan situasi yang mencemaskan,? katanya. -MediaUMNO

    Lagi Berita Berkaitan :

  • Kafirkan Bapa Sendiri Gara-Gara ‘Totok’ Pas Bukan Perkara Pelik
  • Pas Bakal Dilanda Musibah Gara-Gara Taksubnya Nik Aziz Terhadap Anwar
  • Gara-Gara Keluar PKR, Anwar Sanggup Tolak Salam
  • Mat Sabu… Dari “Singa Lapar” Menjadi “Tikus Mondok” Gara-gara Perbualan Seks


  • Source: UMNO Online
    Tags - Del Tec Bli Spu Dig
    There are no comments.
     
     
    Portal Oleh: Unit ICT 2010-2011