KUALA LUMPUR, 21 Feb ? Pendidikan adalah aspek terpenting yang menjadi keutamaan kepada setiap ibu bapa bagi memastikan kelangsungan hidup anak-anak pada masa akan datang lebih terjamin dan sempurna.
Lantaran itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Jamilah Hanim Othman mengaplikasikan pendidikan sebagai program utama bagi mendekati masyarakat khususnya para pengundi.
?Kita telah melakukan perancangan dengan mewujudkan kerjasama dengan Biro Pendidikan UMNO Bahagian melalui bantuan sumbangan buku-buku tambahan kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan pada penghujung tahun ini,? katanya.
Jelasnya, ia melibatkan pelajar darjah enam untuk UPSR, tingkatan tiga yang akan menduduki PMR dan pelajar tingkatan lima untuk SPM dengan memberikan buku-buku termasuklah kamus dan bahan ulangkaji seperti soalan-soalan peperiksaan yang lalu.
?Program ini akan berterusan sepanjang tahun yang dibuat secara bersiri selain program makanan kesihatan yang diberi nama ?Sarapan Sihat 1Malaysia? dengan matlamat utamanya untuk membantu para pelajar yang akan berdepan dengan peperiksaan agar bersedia dari aspek fizikal dan mental,” ujarnya.
Terang beliau, melalui program sedemikian ia bukan hanya akan dapat membantu generasi muda berdepan dengan cabaran tetapi juga dapat menerap dan memperkenalkan mereka kepada parti yang telah banyak berjasa kepada rakyat.
?Apabila pendidikan menjadi agenda utama, ia secara tidak langsung akan dapat menyentuh hati dan mendekati ibu bapa mereka dengan membuktikan bahawa UMNO sentiasa mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat,? ujarnya.
Jelas beliau, untuk permulaan, program tersebut telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Taman Medan dengan tumpuan kepada 10 buah kelas yang akan berdepan dengan peperiksaan.
?Dalam masa dua bulan sekali akan diadakan program motivasi bagi memastikan jati diri para pelajar kuat untuk berdepan dengan peperiksaan besar selain sokongan daripada ibu bapa mereka,? katanya.
Terangnya lagi, bagi mendekati para pengundi muda pula program yang dinamakan ?Salam Orang Muda? dilancarkan yang akan melibatkan ikon-ikon 1Malaysia untuk berkongsi pengalaman dan suara hati mereka.
?Selebriti terkenal Afdlin Shauki telah memberi persetujuan untuk turut serta dalam program tersebut bagi menceritakan sendiri mengapa beliau memilih untuk menyertai UMNO.?
Ujarnya, melalui program-program yang dilakukan maka secara tidak langsung tarikan akan terserlah dan kesesuaian program tersebut akan dapat menarik para pengundi untuk menyertai dan seterusnya menyokong perjuangan UMNO. ? MediaUMNO
Lagi Berita Berkaitan :
Puteri UMNO Dekati Pengundi Muda
RM350,000 Diperuntukkan Untuk Program Pendidikan Di Bera
Puteri UMNO Pahang Disaran Lipat Ganda Usaha Dekati Pengundi Muda
Pemuda UMNO Tenom Sentiasa Kaji Keberkesanan Program Pendidikan

Source: UMNO Online |