Login or Register for free!
User Block
Hi Guest
IP: 38.107.179.213

Username
Password
Navigator
Whois Online
US 38.107.x.x
US 38.107.x.x
Unknown 182.62.x.x
Unknown 118.101.x.x
US 38.107.x.x
Unknown 175.144.x.x
US 38.107.x.x
Unknown 175.139.x.x
US 38.107.x.x
Unknown 180.76.x.x
Unknown 203.82.x.x
Unknown 175.136.x.x
Unknown 210.195.x.x
Unknown 203.82.x.x
MY 60.53.x.x
Unknown 118.101.x.x
Unknown 202.186.x.x
Unknown 175.139.x.x
Unknown 180.76.x.x
Unknown 115.132.x.x
Unknown 175.140.x.x
Unknown 49.124.x.x
Unknown MSN spider
US MSN spider
US Google spider
Blog Pilihan
Icon Articles
UMNO Sedia Berdialog, Berbincang Dengan Semua NGO Termasuk JATI
Date 23/02/2012 00:06 Author UMNO Online Hits 24
Print Pdf RSS
SHAH ALAM, 22 Feb – Umno sentiasa membuka ruang dan bersedia untuk berdialog dengan semua badan bukan kerajaan (NGO) termasuk JATI dalam semua hal terutamanya isu semasa membabitkan kepentingan bangsa dan agama. Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata Umno mengalu-alukan mana-mana sahaja NGO yang mahu berjumpa dengan parti tunjang pemerintah bagi mendapatkan penjelasan atau [...]

Lagi Berita Berkaitan :

  • Ulama Nasihat UMNO, Pas Berdialog Dengan Ikhlas Hati
  • Bara Gelombang Merah : 2,800 Ahli Pas Sertai UMNO Termasuk Saudara Nik Aziz
  • Zahid Setuju Cadangan Nasharuddin UMNO Dan Pas Berdialog Untuk Kebaikan Negara
  • Umno Sedia Berunding Dengan PAS Demi Kepentingan Umat Islam – Najib

  • SHAH ALAM, 22 Feb – Umno sentiasa membuka ruang dan bersedia untuk berdialog dengan semua badan bukan kerajaan (NGO) termasuk JATI dalam semua hal terutamanya isu semasa membabitkan kepentingan bangsa dan agama.

    Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata Umno mengalu-alukan mana-mana sahaja NGO yang mahu berjumpa dengan parti tunjang pemerintah bagi mendapatkan penjelasan atau berbincang tentang sebarang isu semasa ataupun kekeliruan berhubung sesuatu perkara di peringkat kerajaan mahupun parti itu.

    “Kita terima sesiapa sahaja, Umno tidak memilih mana-mana NGO walaupun NGO daripada bangsa lain dalam membincangkan hal-hal bagi kebaikan bersama,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah sempena Program Rapat Umum 1Malaysia bersama Warga Pendidik di sini, hari ini.

    Seramai 389 guru daripada sekolah-sekolah Bahagian Kapar hadir pada majlis penerangan itu.

    Mengenai JATI yang dilancarkan semalam, Ahmad berkata beliau yakin NGO itu mampu memainkan peranannya bagi memperjuangkan Islam, Melayu dan Institusi Raja berdasarkan pimpinan badan berkenaan.

    Beliau berkata JATI yang dibarisi oleh pemimpin seperti Datuk Dr Hasan Ali boleh bergerak jauh dengan perjuangan mereka.

    “Saya ucapkan selamat berjaya kepada JATI. Kita mempunyai beribu NGO dan kesemua mereka boleh memainkan peranan untuk sama-sama memastikan negara terus aman dan harmoni,” katanya.

    JATI atau nama penuhnya Jalur Tiga dilancarkan secara rasmi semalam dengan slogan “Gerakan Martabatkan Umat” dalam usaha memperjuangkan kedaulatan Islam, Melayu dan Institusi Raja.

    Lagi Berita Berkaitan :

  • Ulama Nasihat UMNO, Pas Berdialog Dengan Ikhlas Hati
  • Bara Gelombang Merah : 2,800 Ahli Pas Sertai UMNO Termasuk Saudara Nik Aziz
  • Zahid Setuju Cadangan Nasharuddin UMNO Dan Pas Berdialog Untuk Kebaikan Negara
  • Umno Sedia Berunding Dengan PAS Demi Kepentingan Umat Islam – Najib


  • Source: UMNO Online
    Tags - Del Tec Bli Spu Dig
    There are no comments.
     
     
    Portal Oleh: Unit ICT 2010-2011