Login or Register for free!
User Block
Hi Guest
IP: 38.107.179.212

Username
Password
Navigator
Whois Online
US 38.107.x.x
Unknown 118.100.x.x
Unknown 203.82.x.x
US 66.219.x.x
Unknown 77.30.x.x
Unknown 175.142.x.x
Unknown 175.141.x.x
Unknown 180.76.x.x
Unknown 113.210.x.x
Unknown 210.186.x.x
Unknown 175.136.x.x
Unknown 175.136.x.x
Unknown 180.73.x.x
Unknown 175.145.x.x
Unknown 199.21.x.x
US 38.107.x.x
Unknown 118.101.x.x
US 38.107.x.x
Unknown 203.121.x.x
Unknown 180.76.x.x
Unknown 220.255.x.x
US 38.107.x.x
US 38.107.x.x
US MSN spider
US MSN spider
Unknown MSN spider
Blog Pilihan
Icon Articles
Syria Kagumi Pendirian UMNO Tolak Campurtangan Luar
Date 23/02/2012 01:07 Author UMNO Online Hits 41
Print Pdf RSS
KUALA LUMPUR, 22 Feb ? Syria mengangumi pendirian UMNO sebagai sebuah parti politik yang mantap dalam menyatakan pendirian menolak sebarang campurtangan luar dan tidak menerima hakikat berkaitan unsur-unsur luar dalam usaha memporak-perandakan sesebuah negara. Dutanya, Dr. Mohamad Khafif menyatakan demikian dalam kunjungan hormatnya kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu [...]

Lagi Berita Berkaitan :

  • Venezuela Kagumi Pendirian Malaysia Di Arena Antarabangsa
  • Parti Luar Negara Terus Iktiraf, Kagumi Rekod UMNO… Terbaru Golkar
  • Pendirian Ku Li Terus Bersama UMNO Positif
  • Muslim Sri Lanka Kagumi Karisma UMNO Pertahan Islam

  • KUALA LUMPUR, 22 Feb ? Syria mengangumi pendirian UMNO sebagai sebuah parti politik yang mantap dalam menyatakan pendirian menolak sebarang campurtangan luar dan tidak menerima hakikat berkaitan unsur-unsur luar dalam usaha memporak-perandakan sesebuah negara.

    Dutanya, Dr. Mohamad Khafif menyatakan demikian dalam kunjungan hormatnya kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn semalam.

    Jelasnya, pergolakan yang berlaku di negara-negara Arab sejak kebelakangan ini turut berlaku di Syria yang telah mengakibatkan korban nyawa tetapi beliau percaya bahawa ia akan dapat ditangani sebelum krisis lebih teruk berlaku.

    Dalam ucapan balasnya, Tengku Adnan menerangkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetap berpegang teguh dan yakin bahawa setiap permasalahan dalam sesebuah negara hanya akan dapat diselesaikan oleh masyarakat di dalamnya sendiri tanpa ada penglibatan dari pihak luar.

    ?Pendirian kita adalah jelas berhubung isu-isu antarabangsa dan begitu juga dengan apa yang berlaku di Syiria yang mana kita percaya bahawa rakyat Syiria sendiri bertanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan dan kestabilan dalam negara tersebut,? katanya.

    Dalam hal ini beliau turut memberi analogi Malaysia yang pernah mengalami demonstrasi jalanan ekoran ketidakpuasan hati pihak tertentu apabila tewas dalam pemilihan atau dalam sesuatu kes termasuklah perbicaraan di mahkamah.

    ?Ini adalah kerja-kerja pembangkang yang mahukan kuasa sehinggakan sanggup dipergunakan oleh pihak luar bagi membuat kekacauan. Mereka ini apabila tidak dapat kuasa melalui pilihan raya maka mereka akan mengadakan demonstrasi atas nama reformasi dan sebagainya asal saja boleh menjatuhkan kerajaan yang ada,? ujarnya.

    Tambahnya, sebagai sebuah parti politik yang berkerajaan dan mempunyai pengalaman, penyelesaian krisis perlulah dilakukan dengan matang dan berhati-hati agar tidak memudaratkan dan mengundang pertelingkahan kepada rakyat dan negara. ? MediaUMNO

    Lagi Berita Berkaitan :

  • Venezuela Kagumi Pendirian Malaysia Di Arena Antarabangsa
  • Parti Luar Negara Terus Iktiraf, Kagumi Rekod UMNO… Terbaru Golkar
  • Pendirian Ku Li Terus Bersama UMNO Positif
  • Muslim Sri Lanka Kagumi Karisma UMNO Pertahan Islam


  • Source: UMNO Online
    Tags - Del Tec Bli Spu Dig
    There are no comments.
     
     
    Portal Oleh: Unit ICT 2010-2011