Login or Register for free!
User Block
Hi Guest
IP: 38.107.179.213

Username
Password
Navigator
Whois Online
US 38.107.x.x
Unknown 174.129.x.x
Unknown 115.134.x.x
GB 89.151.x.x
US 69.171.x.x
US 66.228.x.x
ZZ 10.176.x.x
Unknown 199.59.x.x
MY 124.82.x.x
Unknown 203.82.x.x
Unknown 203.82.x.x
Unknown 180.76.x.x
US 38.107.x.x
Unknown 118.100.x.x
US 66.219.x.x
Unknown 77.30.x.x
Unknown 175.142.x.x
Unknown 175.141.x.x
Unknown 180.76.x.x
Unknown 113.210.x.x
Unknown 210.186.x.x
Unknown 175.136.x.x
Unknown 175.136.x.x
Unknown 180.73.x.x
Unknown 175.145.x.x
Unknown 199.21.x.x
US 38.107.x.x
Unknown 118.101.x.x
US 38.107.x.x
Unknown 203.121.x.x
Unknown 180.76.x.x
Unknown 220.255.x.x
US 38.107.x.x
US MSN spider
US MSN spider
US MSN spider
Blog Pilihan
Icon Articles
Gerakan TUKAR Tuntut Kerajaan Pas Kelantan Tunai 22 Janji
Date 23/02/2012 02:08 Author UMNO Online Hits 29
Print Pdf RSS
KOTA BAHARU, 22 Feb -  Gerakan TUKAR, sebuah badan yang menggabungkan sekumpulan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Kelantan pada Rabu menuntut kerajaan negeri pimpinan Pas supaya menunaikan 22 perkara yang dijanjikan kepada rakyat sebelum ini. Pengerusi Gerakan TUKAR, Kamarudin Mohd Kasim, berkata 19 daripada 22 perkara yang dituntut itu adalah janji Pas yang terkandung dalam manifesto [...]

Lagi Berita Berkaitan :

  • Penyokong Hindraf Tuntut Anwar Tunai Janji
  • Rakyat Kedah Sudah Tidak Tahan, Bangkit Tuntut Janji Kerajaan Pas
  • Kerajaan Tunai Janji PRK Kerdau, Tingkatkan Kepercayaan Rakyat Kepada BN
  • Kerajaan Guna Segala Kudrat Tunai Janji – PM

  • KOTA BAHARU, 22 Feb -  Gerakan TUKAR, sebuah badan yang menggabungkan sekumpulan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Kelantan pada Rabu menuntut kerajaan negeri pimpinan Pas supaya menunaikan 22 perkara yang dijanjikan kepada rakyat sebelum ini.

    Pengerusi Gerakan TUKAR, Kamarudin Mohd Kasim, berkata 19 daripada 22 perkara yang dituntut itu adalah janji Pas yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum parti itu yang lepas manakala tiga lagi adalah berkaitan isu politik semasa.

    “Kesemua tuntutan tersebut akan diserahkan kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat ini dan jika masih gagal menunaikan janji, kami bersepakat memberi mandat kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

    Kamarudin berkata penduduk Kelantan telah memberi tempoh 22 tahun kepada Pas untuk memerintah tetapi tidak ada perubahan besar dilakukan malah masalah asas pun masih tidak dapat diselesaikan.

    Beliau berkata antara janji yang dituntut untuk ditunaikan ialah anak negeri Kelantan diberi keutamaan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan semua wakil rakyat di negeri itu hendaklah daripada kalangan anak-anak tempatan manakala barisan kepimpinan kerajaan Pas dikehendaki mengiystiharkan harta.

    Kerajaan negeri juga dituntut menyegerakan menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang sudah diluluskan, kerajaan negeri bersikap lebih bersih, adil dan amanah dan berhenti daripada menyalahkan pihak lain kerana kegagalan sendiri.

    Kerajaan negeri juga dikehendaki segera menyediakan peluang pekerjaan khususnya kepada golongan belia yang menganggur selain menyegerakan pembayaran bantuan RM100 kepada seluruh warga emas di Kelantan bermula pada 1990 hingga sekarang, menyelesaikan segera masalah air yang berlarutan sejak sekian lama serta segera menghapuskan cukai pintu dan bayaran tempat letak kereta dan sewa tapak operasi kereta sewa di seluruh negeri.

    Juga dituntut ialah pembinaan pelabuhan darat di Kuala Krai, penyelesaian masalah Ladang Rakyat dan menyegerakan saranan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai pembelaan terhadap nasib Orang Asli di Kelantan, menyediakan segera tapak rumah kepada golongan miskin di Bukit Tok Ali di Jeli, Pantai Mek Mas di Pengkalan Chepa, Alor Pulai dan Kampung Tok Ewel di Bachok dan kawasan lain untuk penempatan golongan miskin yang belum dilaksanakan.

    Kamarudin meminta pemimpin kerajaan negeri supaya tidak lagi bersekongkol dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menolak sebarang kerjasama dengan DAP.

    Lagi Berita Berkaitan :

  • Penyokong Hindraf Tuntut Anwar Tunai Janji
  • Rakyat Kedah Sudah Tidak Tahan, Bangkit Tuntut Janji Kerajaan Pas
  • Kerajaan Tunai Janji PRK Kerdau, Tingkatkan Kepercayaan Rakyat Kepada BN
  • Kerajaan Guna Segala Kudrat Tunai Janji – PM


  • Source: UMNO Online
    Tags - Del Tec Bli Spu Dig
    There are no comments.
     
     
    Portal Oleh: Unit ICT 2010-2011