Login or Register for free!
User Block
Hi Guest
IP: 38.107.179.212

Username
Password
Navigator
Whois Online
US 38.107.x.x
Unknown 180.76.x.x
US 38.107.x.x
Unknown 23.20.x.x
ZZ 10.144.x.x
US 38.107.x.x
Unknown 118.101.x.x
Unknown 203.82.x.x
US 38.107.x.x
CA 74.112.x.x
US 38.113.x.x
ZZ 14.192.x.x
Unknown 175.144.x.x
Unknown 220.181.x.x
MY 124.82.x.x
US 38.107.x.x
Unknown 174.129.x.x
Unknown 115.134.x.x
GB 89.151.x.x
ZZ 10.176.x.x
US 69.171.x.x
US 66.228.x.x
Unknown 199.59.x.x
Unknown 203.82.x.x
Unknown 180.76.x.x
Unknown 118.100.x.x
US 66.219.x.x
Unknown 77.30.x.x
Unknown 175.142.x.x
Unknown 175.141.x.x
Unknown 180.76.x.x
Unknown 113.210.x.x
Unknown 210.186.x.x
Unknown 175.136.x.x
Unknown MSN spider
US MSN spider
Blog Pilihan
Icon Articles
Antara Penipuan Kapal Israel Dengan Fakta Sokong Israel.. Nak Tipu Apa Lagi?
Date 23/02/2012 04:09 Author UMNO Online Hits 40
Print Pdf RSS
Berulang kali sudah Pakatan harami mengencingkan pengikutnya dengan pendedahan bohong yang akhirnya hanya menjerat diri sendiri.  Kalau boleh nak dibuat drama, mau berkoyan-koyan episod, lepas satu, satu. Peliknya disini, macai kebanyakkan ini boleh pulak hidup dan terpalit dengan pembohongan tersebut?  Takkanlah takde satu pun nilai-nilai asas sebagai manusia dalam diri tu, contohnya, malu pada diri [...]

Lagi Berita Berkaitan :

  • Berhimpun Bantah Israel Serang Kapal Bantuan
  • Isu Sokong Israel : Anwar Dan Nik Aziz Jayakan Satu Lagi Sandiwara
  • Jika Tidak Sokong Israel Pas Dicabar Putus Hubungan Dengan Anwar
  • Fitnah Atau Fakta… Guan Eng Naik Kapal Selam Yang Tak Boleh Menyelam

  • Berulang kali sudah Pakatan harami mengencingkan pengikutnya dengan pendedahan bohong yang akhirnya hanya menjerat diri sendiri.  Kalau boleh nak dibuat drama, mau berkoyan-koyan episod, lepas satu, satu.

    Peliknya disini, macai kebanyakkan ini boleh pulak hidup dan terpalit dengan pembohongan tersebut?  Takkanlah takde satu pun nilai-nilai asas sebagai manusia dalam diri tu, contohnya, malu pada diri sendiri ke kalau tak malu pada Tuhan sebab menyanjung pembohongan?

    Intro ini penulis nak kaitkan dengan pembohongan mengenai dakwaan oleh PKR melalui NGO belaannya Jinggay 13 dan dipopularkan media haramnya Suara Keadilan kononnya ada 2 kapal Israel berlabuh di Pelabuhan Klang pada 16 Februari.

    Walaupun sudah dibuktikan disini bahawa 2 kapal tersebut (Zim USA, Zim Atlantic) bukanlah kapal yang didaftarkan di Israel, masih juga puak-puak benak otak ini menyanyi lagu yang sama sepanjang hari semalam.

    Tapi hari ini bila pihak pengurusan pelabuhan Klang sendiri, Westport mengesahkan bahawa tidak ada kapal Israel yang berlabuh pada tarikh yang disebut seperti mana dakwaan, agaknya apa kata mereka?

    Setakat yang penulis tahu, nak harap depa diam, tidak sekali.  Paling tidak pun perah otak cari apa lagi yang boleh dipusing-pusing sampai depa sendiri (bukan kita) yang pening.

    Jinggay 13 ini pun punya reputasi pembohong yang terhebat seantero Malaysia.  Kalau semua masih ingat, inilah dia NGO yang menuduh Datuk Seri Shahrizat Jalil punya kondominium mewah di Singapura, dakwaan yang masih tinggal dakwaan sehingga sekarang.

    Sebetulnya alasan nak berjalan di Singapura dengan guna wang dipercayai dana awam rakyat Selangor.

    Dan kini satu lagi pembohongan Jinggay 13 pecah terbelah.  Apa lagi modal selepas ini yang ada untuk mempertahankan kredebiliti bila semua pun sudah dibuktikan tidak benar?

    Kenyataan Westport juga tidak setakat mengesahkan tidak ada kapal yang berlabuh, malah mengesahkan kapal dagang yang didaftarkan di Israel tidak akan diberi kebenaran untuk berlabuh disamping perlu menurunkan bendera negara tersebut jika ?singgah? di perairan negara!!

    Itu ibarat Jinggay 13 sudah jatuh ditimpa tangga, tercium tahi lembu pula di bawah tangga.  Bertimpa-timpa malang yang menimpa, semuanya dalam usaha untuk mewajarkan komitmen Ketua Umum melindungi keselamatan Israel jika berjaya menjadi Perdana Menteri kelak seperti disebut dalam temubual dengan The Wall Street Journal (WSJ).

    Apa pun penulis ingin nak tegaskan disini, kapal berlabuh atau apa, itu tidak sama sekali sama tahap dengan komitmen Anwar untuk melindungi Israel.  Nik Aziz pun tidak setuju dengannya (melindungi keselamatan Israel) walaupun dalam konteks penyelesaian 2 negara yang digunakan Anwar untuk mewajarkan alasannya itu.

    Kata Nik Aziz, yahudi ini bangsa yang dilaknat tuhan, lama sebelum isu Israel-Palestin ini timbul pun.

    Dan Anwar pulak nak melindungi keselamatan negara bangsa yang disebut Al-Quran sebagai bangsa yang dilaknat ini (Nik Aziz kata bukan penulis kata ya).

    Penulis lihat, selamanyalah isu yahudi dan Israel ini tidak akan menguntungkan Pakatan Rakyat, dengan Anwar bersendirian dan bermati-matian memberi sokongan, sedangkan 2 parti yang lain berkeras menentang.

    Itulah padahnya bila tidur satu bantal tapi mimpi asing-asing.  Kami dok kempen lebih 12 tahun kata Anwar ejen yahudi taknak percaya, bila dah dengar dari mulut dia sendiri, baru terkial-kial nak cari perkataan apa yang sesuai untuk digunakan melindungi diri sendiri dari kecaman rakyat.

    mykmu.net

    Lagi Berita Berkaitan :

  • Berhimpun Bantah Israel Serang Kapal Bantuan
  • Isu Sokong Israel : Anwar Dan Nik Aziz Jayakan Satu Lagi Sandiwara
  • Jika Tidak Sokong Israel Pas Dicabar Putus Hubungan Dengan Anwar
  • Fitnah Atau Fakta… Guan Eng Naik Kapal Selam Yang Tak Boleh Menyelam


  • Source: UMNO Online
    Tags - Del Tec Bli Spu Dig
    There are no comments.
     
     
    Portal Oleh: Unit ICT 2010-2011