TAWAU, 26 Feb – Rakyat di negara ini, tidak kira taraf sosial dan latar belakang fahaman politik, menikmati bantuan kerajaan pimpinan Barisan Nasional setiap hari menerusi pelbagai subsidi, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. Beliau berkata semua bantuan kerajaan, tidak temasuk bantuan langsung seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM500 untuk keluarga berpendapatan di [...]
TAWAU, 26 Feb – Rakyat di negara ini, tidak kira taraf sosial dan latar belakang fahaman politik, menikmati bantuan kerajaan pimpinan Barisan Nasional setiap hari menerusi pelbagai subsidi, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata semua bantuan kerajaan, tidak temasuk bantuan langsung seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM500 untuk keluarga berpendapatan di bawah RM3,000, bantuan persekolahan kepada pelajar RM100 dan baucer pelajar Institusi Pengajian Tinggi bernilai RM200, dibuat bagi mengurangkan beban rakyat.
“Saya nak maklumkan bahawa kerajaan pusat membayar subsidi itu kepada syarikat-syarikat minyak seperti Shell, BHP, Esso dan Petronas sebanyak 85 sen untuk setiap liter minyak RON 95 dan kerajaan membayar berbilion untuk subsidi itu.
“Tahun ini sahaja subsidi barangan bernilai RM22 bilion. Subsidi untuk RON95, diesel dan gas memasak bernilai RM17 bilion. Dengan lain perkataan, kerajaan beri duit secara tidak langsung kapada rakyat setiap hari tanpa mengira berapa pendapatan dia, tanpa mengira dia orang penyokong pembangkang atau kerajaan,” katanya.
Ahmad berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat isu-isu semasa kepada anggota dan pemimpin Umno bahagian Kalabakan di sini hari ini.
Turut hadir ialah Pembantu Menteri Kewangan Sabah yang juga Ketua Umno Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Ketua Umno Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh.

Source: UMNO Online |