Login or Register for free!
User Block
Hi Guest
IP: 38.107.179.211

Username
Password
Navigator
Whois Online
US 38.107.x.x
Unknown 77.30.x.x
US 38.107.x.x
Unknown 115.134.x.x
Unknown 203.82.x.x
US 38.107.x.x
US 38.107.x.x
Unknown 183.78.x.x
US 38.107.x.x
Unknown 199.21.x.x
MY 60.50.x.x
Unknown 180.76.x.x
Unknown 37.59.x.x
Unknown 37.59.x.x
Unknown 202.170.x.x
Unknown 175.140.x.x
Unknown 110.159.x.x
Unknown 23.20.x.x
Unknown 113.210.x.x
Unknown 120.140.x.x
ZZ 10.144.x.x
Unknown 203.82.x.x
Unknown 180.76.x.x
MY 60.50.x.x
MY 60.53.x.x
MY 60.50.x.x
MY 60.51.x.x
US MSN spider
US Google spider
US MSN spider
Blog Pilihan
Icon Articles
Tun Dr Mahathir Memang Berniat Dedah Isi Kandungan Surat Kepada Israel Dalam Bukunya
Date 27/02/2012 10:50 Author UMNO Online Hits 36
Print Pdf RSS
KOTA SAMARAHAN, 26 Feb – Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sudah lama berniat mahu mendedahkan isi kandungan perutusan surat kepada bekas Perdana Menteri Israel Ehud Barak ketika memegang tampuk pemerintahan negara. Dr Mahathir berkata hasrat berkenaan ingin dilakukan beliau semasa menulis buku memoir “A Doctor In The House” namun atas sebab [...]

KOTA SAMARAHAN, 26 Feb – Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sudah lama berniat mahu mendedahkan isi kandungan perutusan surat kepada bekas Perdana Menteri Israel Ehud Barak ketika memegang tampuk pemerintahan negara.

Dr Mahathir berkata hasrat berkenaan ingin dilakukan beliau semasa menulis buku memoir “A Doctor In The House” namun atas sebab tertentu kerajaan melarang beliau daripada berbuat demikian.

“Saya memang mahu dedahkan isi kandungan surat kepada Israel itu dalam buku terbaru saya, tapi atas sebab tertentu kerajaan menghalang hasrat itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah “Patriotisme dan Politik” di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata beliau bagaimanapun berterima kasih kepada kerajaan kerana bersetuju untuk mendedahkan kandungan surat itu minggu hadapan dan berharap ia dapat memperbetulkan sangkaan buruk yang dilontar pihak tertentu terhadapnya ketika ini.

Beliau berkata pelbagai tuduhan buruk dilemparkan kepadanya sejak akhir-akhir ini berhubung dakwaan pembangkang yang cuba mengaitkannya dengan Israel.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata kerajaan akan mendedahkan isi kandungan perutusan surat antara Dr Mahathir dan Barak awal minggu depan.

Najib berkata surat itu menunjukkan keprihatinan Dr Mahathir dalam proses kedamaian di Timur Tengah dan isi kandungannya juga menepati dasar kerajaan Malaysia dari dahulu hingga sekarang.

Perdana Menteri berkata berkata isu surat itu dimanipulasikan oleh pihak pembangkang yang sengaja mahu membangkitkan rasa sangsi rakyat terhadap pendirian kerajaan sekaligus mahu mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap Israel.



Source: UMNO Online
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
There are no comments.
 
 
Portal Oleh: Unit ICT 2010-2011