Login or Register for free!
User Block
Hi Guest
IP: 38.107.179.211

Username
Password
Navigator
Whois Online
US 38.107.x.x
Unknown 175.137.x.x
US 38.107.x.x
MY 60.48.x.x
Unknown 178.152.x.x
Unknown 180.76.x.x
US 66.219.x.x
Unknown 175.142.x.x
Unknown 77.30.x.x
US 38.107.x.x
Unknown 175.139.x.x
Unknown 203.62.x.x
Unknown 120.140.x.x
MY 60.51.x.x
Unknown 180.76.x.x
Unknown 203.82.x.x
MY 60.53.x.x
MY 124.82.x.x
Unknown 175.145.x.x
MY 60.53.x.x
Unknown 175.140.x.x
US 38.107.x.x
US 38.107.x.x
Unknown 175.137.x.x
ZZ 10.144.x.x
Unknown 180.76.x.x
US Google spider
US Google spider
Unknown MSN spider
US Google spider
Blog Pilihan
Icon Articles
59,874 Unit Rumah PPR Sudah Disiapkan Di Seluruh Negara
Date 03/03/2012 23:46 Author UMNO Online Hits 22
Print Pdf RSS
TAWAU, 3 Mac – Kerajaan pesekutuan sudah siap membina 59,874 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara manakala 24,257 unit lagi masih dalam pembinaan, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Lajim Ukin. Beliau berkata jumlah itu merupakan sebahagian daripada 84,131 unit yang disasarkan dibina di seluruh negara dalam memenuhi keperluan golongan [...]

TAWAU, 3 Mac – Kerajaan pesekutuan sudah siap membina 59,874 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara manakala 24,257 unit lagi masih dalam pembinaan, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Lajim Ukin.

Beliau berkata jumlah itu merupakan sebahagian daripada 84,131 unit yang disasarkan dibina di seluruh negara dalam memenuhi keperluan golongan rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah.

“Di negeri Sabah, sehingga ke hari ini, kerajaan telah melaksanakan 28 projek melibatkan 21,026 unit. Sebanyak 13 projek telah siap melibatkan 11,531 unit, sementara yang lain masih dalam peringkat pembinaan,? katanya dalam teks ucapan di majlis penyerahan Projek PPR Kampung Semarak, Tawau di sini hari ini.

Teks ucapan Lajim dibacakan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Perumahan Negara, Datuk Abu Bakar Hassan.

Projek PPR Kampung Semarak, di atas tapak seluas 5.35 hektar mengandungi 500 unit bernilai RM29.69 juta, siap sepenuhnya pada Julai tahun lepas.

Menurut Lajim, kerajaan sentiasa serius akan terus berusaha menyediakan kemudahan perumahan yang mencukupi, berkualiti dan selesa.

Terdahulu, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Gulam Haidar Khan Bahadar ketika berucap di majlis itu berkata, PPR Semarak merupakan projek ke-4 siap pembinaannya di Tawau selepas, Sri Balung, Sri Titingan dan Batu 8, Apas.

Gulam berkata, kerajaan berharap projek itu dapat membantu rakyat dalam penyediaan kemudahan asas awam untuk golongan berpendapatan rendah di samping memastikan matlamat kerajaan negeri mencapai matlamat setinggan sifar menjelang tahun 2020.

Pada masa yang sama, Gulam mengingatkan semua penghuni rumah PPR di seluruh Sabah menjaga keselamatan, kebersihan dan keindahan serta kemudahan asas yang disediakan di kawasan PPR.

?Saya berharap semua penghuni PPR di seluruh Sabah menjadikan kawasan perumahan mereka ceria, di mana penghuni rumah sentiasa saling hormat-menghormati antara satu sama lain,? katanya.

Gulam mengingatkan para penghuni tidak menyewakan rumah mereka kerana ia menyalahi peraturan dan mereka yang berbuat demikian boleh diambil tindakan termasuk diminta mengosong premis.



Source: UMNO Online
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
There are no comments.
 
 
Portal Oleh: Unit ICT 2010-2011