Namanya tiba-tiba jadi perhatian apabila dikaitkan oleh pemimpin politik parti pembangkang sebagai individu yang kononnya mendapat taraf kewarganegaraan hanya dalam tempoh empat jam, dan kemudian terus didaftar sebagai pengundi.
Mismah, 47, dikatakan seorang daripada 1,597 individu yang diberi status itu secara tidak mengikut prosedur, kononnya taktik licik dilakukan ‘tangan ghaib’ pihak tertentu untuk menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Apa benar dia mendapat laluan istimewa untuk bergelar warganegara Malaysia di sebalik pertelingkahan politik berlaku antara parti pemerintah dan pembangkang negara ini?
“Tidak! Itu semua tak betul. Sudah bertahun-tahun saya mohon jadi warganegara Malaysia, bukan empat jam, bukan empat hari, bukan empat minggu,” katanya ketika ditemui semalam di satu lokasi di pinggir ibu kota.
Mismah berkata, dia sendiri tidak sedar namanya menjadi sebutan pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen dan pentadbir di merata sidang media sehinggalah diberitahu anaknya beberapa hari lalu.
Mismah ternyata cukup fasih bertutur bahasa Melayu tempatan, tanpa sedikit pun telor Indonesia sesuai dengan status barunya sebagai rakyat negara ini.
Secara peribadi, kata Mismah, dia berasa sedih apabila namanya dikaitkan dengan tuduhan mendapat kerakyatan melalui pintu belakang.
“Saya ikut peraturan, bukan macam apa yang orang cakap,” katanya.
Menurut Mismah, dia memasuki negara ini pada 1982 untuk mencari kerja.
“Saya masuk secara sah, bukan tanpa izin,” katanya.
Tidak lama kemudian, kata Mismah, dia memohon taraf penduduk tetap (PR) dan diluluskan pada 17 Julai 1982.
“Pada masa itu prosesnya mudah, tak macam sekarang,” katanya.
Setelah bermastautin di negara ini selama 12 tahun, Mismah cuba memohon status warganegara pula.
“Saya memohon di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Petaling Jaya tapi tak pernah terima apa-apa surat, sama ada permohonan saya lulus ataupun tidak.
Pada Oktober tahun lepas, saya mohon sekali lagi, kali ini di Putrajaya dan empat bulan selepas itu, saya terima surat daripada JPN beritahu permohonan saya sudah lulus. Saya diterima jadi warganegara Malaysia,” katanya.
Mengikut rekod JPN sebagaimana dinyatakan Ketua Pengarahnya, Datin Jariah Mohd Said dalam kenyataannya , permohonan Mismah diluluskan pada 31 Januari 2011 mengikut Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang status penduduk tetap.
“Saya masuk ikut pintu depan untuk jadi rakyat Malaysia, bukan pintu belakang,” kata Mismah sekali lagi.
Pengakuan Mismah bahawa dia terpaksa menunggu selama 17 tahun untuk mendapat taraf warganegara, bukan empat jam sebagaimana yang didakwa seharusnya diterima dengan hati yang terbuka oleh semua pihak.
Membahasakan dirinya kakak, Mismah pada mulanya enggan menjawab kerana takut dirinya dikenali dan khuatir dilibatkan dan menjadi bahan politik.
Mismah sampai di Malaysia kira-kira umur 20-an, dijemput saudara kemudian dibawa tinggal di rumah abang neneknya, Tok Kasim di Keramat.
Kerja pertama yang dilakukannya di sini untuk mencari rezeki ialah menjadi buruh kasar di tempat pembinaan.
“Kerjanya khusus mengangkat simen yang sudah dibancuh dengan upah RM16 sehari. Masa itu, kerja-kerja seperti tukang sapu tidak ada dan kebanyakan kerja adalah buruh sahaja,” cerita Mismah.
Menurutnya, setelah hampir dua bulan bekerja di situ, dia mengenali suaminya dan mengambil keputusan berhenti kerja kerana berkahwin. Selepas berkahwin, dia tidak lagi bekerja.
“Jaga rumah tangga. Jaga anak-anak. Waktu itu hidup kami tidak senang sangat, tinggal di rumah setinggan kawasan Kayu Ara. Sewaktu pemutihan untuk merobohkan setinggan, rumah akak tidak dirobohkan mungkin disebabkan anak-anak yang masih kecil.
“Kebanyakan jiran-jiran di setinggan itu telah berpindah, enam bulan selepas itu kami diberikan rumah pangsa Pelangi di Petaling. Selepas anak ketiga baru akak mula bekerja semula,” kata Mismah.
Mismah pernah menjadi tukang masak dan tukang cuci pejabat.
KGC- Inilah sialnya pembangkan Malaysia,cuba cari kambing hitam untuk dijadikan mangsa untuk memburukkan agensi dibawah kerajaan BN. Taktik ini sama dilakukan pada 2008. Klik sini, sini dan sini.