Sekarang kita sedang membuat perbandingan diantara dakwat kekal dan juga sistem biometrik untuk memastikan tiada pengundi hantu. Pengundi hantu digambarkan oleh pembangkang sebagai penyelamat kepada kerajaan BN di dalam pilihanraya.
Dakwat kekal dituntut pembangkang melalui pertubuhan haram Ambabiga digunakan ketika PRU akan datang. Tujuan mereka sama untuk memastikan tiada pengundi hantu.
SPR bercadang menggunakan sistem biometrik untuk memastikan pilihanraya yang bersih dalam bentuk teknologi terkini selaras dengan wawasan untuk menjadikan Malaysia negara maju.
Negara luar ada yang telah menggunakan sistem biometrik dan ada juga akan menggunakan sistem ini. Sebagai contoh Sierra Leone akan menggunakannya pada pilihanraya mereka pada 2012 nanti. Manakala Filipina juga akan menggunakan sistem ini pada pilihanraya mereka nanti.
Sistem dakwat kekal diketahui umum digunakan oleh negara ketiga seperti Afghanistan. Di sebalik penggunaan dakwat kekal ini mereka menghadapi pelbagai bentuk masalah ketika pilihanraya dibuat.
Gambar dan video ehsan blogger gelombang wangsamaju
Apakah perlu kita kembali menggunakan satu sistem yang tidak lagi praktikal digunakan walhal negara-negara lain yang setaraf dengan kita telah menggunakan sistem yang sedang kita rancangankan.
Senang cerita, ada undang disebalik batu kenapa pembangkang mahu dakwat kekal digunakan. Penjelasan SPR jelas untuk kita fahami. Bagaimana kita boleh mengawal edaran ataupun penggunaan dakwat kekal ini tidak dimanupulasi oleh sesetengah pihak seandainya dakwat ini dijual secara meluas di pasaran?
Sistem biometrik lebih tulus kerana menggunakan cap jari yang mana tidak ada manusia di dalam dunia ini mempunyai cap jari yang sama dengan orang lain. Tidakkah ini relevan untuk mengesan pengundi hantu?