|
SelangorKini mendedahkan Adun BN dikesan cuba mensabotaj program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan mengembalikan hasil negeri kepada rakyat.
Perkara ini didedahkan Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan pada sesi temu rapat Menteri Besar bersama Datuk Bandar, Yang Dipertua PBT dan Pentadbir Tanah/Daerah Negeri Selangor.

Barua kelahiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor
E-mel : nor_hisham@selangor.gov.my
Address : Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor
Jalan Bukit Kerajaan, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor
Tel : 03-60641258, 03-60641026 (am)
Fax : 03-60644253
Apalagi kita nak cakap pasal kerajaan Selangor sekarang. Mereka gagal tetapi BN juga dipersalahkan.
Adakah BN juga akan disalahkan kalau slogan SelangorKu gagal? Adakah kehadiran yang memalukan ketika pelancaran slogan baru mereka disebabkan sabotaj Adun BN.
Inilah sialnya kerajaan Selangor sekarang. Masih tidak mahu menerima hakikat bahawa kegagalan mereka disebabkan kebodohan mereka mentadbir dengan baik.
Apa kaitan Adun BN dengan program mereka? Kalau jentera penerangan mereka buat kerja dengan mengemukakan bukti slogan Merakyatkan Ekonomi Selangor itu berjaya sudah tentu rakyat akan terus bersama mereka.
Jangan kita terpedaya dengan retorik politik mereka yang menjanjikan penurunan pelbagai barang keperluan harian termasuk harga minyak andai mereka memerintah. Selangor sudah cukup kita jadikan bukti betapa mereka ini hanya pandai bermain dengan kata-kata.
Dengar Boleh Percaya Jangan.
Source: ::KitaGempur.Com:: |