|
Aku sebenarnya dah naik benci nak bercerita tentang Yayasan Selangor. Semakin hari semakin seronok diaorang menggunakan harta yang sedia ada untuk kepentingan mereka. Memang kene dengan slogan SelangorKu.
Sebelum ini aku mendedahkan hasil laporan audit yang mengakibatkan YS kerugian RM 7 juta dalam tempoh setahun.Sila lihat posting-posting terdahulu.
Terbaru mereka akan merobohkan 2 unit asrama pelajar di Kg Pandan dengan beberapa alasan bodoh. Sebenarnya maklumat ini aku dah dapat lama cuma aku tunggu bila agaknya YS akan declare secara rasmi.
Maklumat yang aku dapat juga mengatakan bahawa sekarang pelajar diwajibkan balik ke rumah keluarga masing-masing setiap hujung minggu. Secara jelas cubaan untuk mencatu bekalan makanan dan penjimatan kos.
Ada maklumat mengatakan bahawa duit minyak bas kakitangan terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri dan berkongsi ramai-ramai untuk mengisi minyak. Apa kejadah kerajaan Selangor buat sekarang?
Antara alasan paling bodoh yang diberikan oleh YS tentang pemindahan tersebut adalah menolak peranan sesebuah sekolah dalam menentukan kejayaan seorang pelajar. Bagi mereka kejayaan seorang pelajar bergantung kepada pelajar dan ibu-bapa sahaja.
Petikan dari laman web Yayasan Selangor
Keluhan ibu bapa dan bekas pelajar yang kurang setuju terhadap perancangan perpindahan pelajar ini mungkin disebabkan dua perkara. Pertama, bagi ibu bapa, para pelajar mungkin tidak dapat lagi bersekolah di sekolah ternama seperti SMK Aminuddin Baki atau Victoria Institution (VI).
Jawapannya mudah. Hampir semua sekolah kini mempunyai sistem, guru (selaku mentor) dan kemudahan yang “setara” dengan sekolah-sekolah yang dianggap ternama. Semua guru sekolah menengah kini adalah berkelulusan ijazah dan diploma pendidikan. Jadi tidak timbul soal sekolah A lebih baik daripada sekolah B. Keputusan peperiksaan tidak lagi bergantung kepada sekolah, tetapi lebih kepada usaha pelajar itu sendiri, dengan bantuan galakan daripada ibu bapa.
Contoh paling ketara ialah pencapaian pelajar di asrama harian seperti di SMK Jalan Tiga Bangi lebih baik daripada pelajar YS di asrama pusat atau sekolah ternama. Anak En. Ilham Marzuki (Pengurus Besar) sendiri yang berpindah dari Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) ke sekolah tersebut dan mendapat 10A dalam SPM tahun 2010 adalah bukti nyata terhadap kenyataan ini. Untuk berjaya dan cemerlang, pokok pangkalnya ialah diri sendiri, bukan lokasi tempat bersekolah.
Sejak bila pencapaian seorang pelajar tidak lagi memerlukan sokongan dan bantuan daripada pihak sekolah untuk berjaya?
Klik sini untuk 32 alasan kenapa mereka mahu merobohkan asrama tersebut..Lebih separuh dari alasan tersebut bercerita tentang kewangan.
Fikir-fikirkanlah
Source: ::KitaGempur.Com:: |