Sebut saja store kunyit kita akan terbayangkan wajah seorang tua yang menaiki tangga ke pintu masuk berpegangan tangan dengan pembantunya seolah-olah tak larat nak naik tangga.Orang tua tersebut berperwatakan seorang alim berjanggut dan bermisai nipis ditambah dengan kaca mata.Orang tua tersebut juga selalu menggunakan ayat-ayat suci ketika berceramah dan berkempen sehinggakan dilabelkan sebagai anugerah tuhan oleh ahli lembaga pengarah yang berkongsi rasa store kunyit terlarang.
Malangnya orang tua tersebut didakwa mempunyai moral yang rendah gara-gara store kunyit sehinggakan seorang anak muda dengan berani bersumpah bahawa store kunyit beliau diceroboh tanpa rela. Anda mungkin tidak tahu bahawa kemasukkan ke dalam store kunyit memerlukan password seperti MOKHTAR! tanpa password store kunyit hanya tinggalkan igauan orang tua tersebut.
Terbaru maklumat perisik Australia melalui WIKILEAKS mendedahkan bahawa Australia mempunyai maklumat mengatakan bahawa orang tua tersebut memang kaki store kunyit. Malang sungguh nasib pemerhati perbicaraan orang tua ini yang berasal dari Australia yang mana ditipu hidup-hidup untuk mempertahankan seorang tua yang dilabel sebagai Pengkhianat Bangsa.
Apa lagi yang hendak dipertahankan andai maklumat perisik dari luar negara memberi maklumat sama seperti perisik dalam negara? Apa lagi alasan yang boleh diberikan? Adakah akan keluar nanti WIKILEAKS diupah oleh Najib Razak untuk mengeluarkan kenyataan tersebut?
Sebenarnya kita tidak perlu menunggu pendedahan WIKILEAKS kerana penghakiman pada kes pertama orang tua ini telah mengesahkan berlakunya pencerobohan store kunyit tetapi tidak dapat dibuktikan bahawa bila kah tarikh berlakunya pencerobohan tersebut.
KGC pernah mendedahkan tulisan seorang penulis dari Australian kelahiran Britain bernama Michael Backman yang mendedahkan didalam buku tulisannya Inside Knowledge bahawa Pengkhianat Bangsa ini MEMANG terlibat didalam aktiviti homoseksual tetapi beliau dilepaskan kerana pihak mahkamah tidak dapat menentukan tarikh sebenar aktiviti tersebut.KLIK SINI
Ini bermakna orang Australia dah lama tau yang orang tua ini seorang kaki store kunyit tetapi yang peliknya kenapa masih ada lagi yang taksub kepada beliau sehinggakan dilabelkan sebagai anugerah tuhan? Adakah kenyataan tersebut cubaan untuk membersihkan nama orang tua ini? Tidak hairanlah bila Perdana Menteri Australia terdahulu Kevin Ruud dan sekarang Julia Gillard tidak mahu bertemu beliau kerana mereka sudah mendapat maklumat siapa orang tua ini.
Fikirkan Bersama!!
p/s- aku tertarik dengan komen terakhir dari rakan blogger Pisau-Pisau kata "nik aziz tahu ker wikileaks tu apa? nanti dikapirnya wikileaks pulak hehe "
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak pembangkang tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) untuk memimpin negara ini.
Justeru, beliau berkata rakyat Malaysia tidak perlu menggadai masa depan negara kepada pembangkang yang dilihat hanya bijak menabur janji-janji manis.
"Mereka tidak mempunyai ideologi yang didukung bersama, hanya tahu menabur janji dan mempunyai pegangan masing-masing yang terlalu longgar dalam kesepakatan politik," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Deepavali Parlimen Pekan, di sini Sabtu.
Najib berkata kepimpinan BN yang sebelum ini dikenali sebagai Perikatan, telah berjaya membawa negara mencapai kemerdekaan dan mengisi perjuangan kemederkaan selama lebih 50 tahun dan akan terus memacu negara ini menjadi sebuah negara maju.
"Janganlah mengambil risiko (menyokong pembangkang) yang akan sebabkan kitamenyesal di hari muka," katanya.
Najib berkata sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin yang hanya tahu menabur janji akhirnya akan mendatangkan musibah kepada rakyat.
Katanya kepimpinan BN selama ini telah berusaha gigih menunaikan segala janji yang diungkapkan dan diterjemahkan demi kepentingan rakyat dan negara.
Beliau turut berikrar akan melaksanakan pentadbirannya dengan seadil-adilnya untuk kepentingan semua kaum di negara ini.
"Saya akan pegang kepada semangat 1Malaysia, dahulukan kepentingan rakyat, Insya-Allah rakyat akan mendapat manfaat besar di bawah kepimpinan Barisan Nasional," katanya
KGC- Lihat kepada sejarah silam.Apa yang telah kerajaan BN lakukan untuk rakyat Malaysia.Tiada yang sempurna tetapi sebodoh-bodoh BN mentadbir Malaysia bodoh lagi Pakatan Rakyat mentadbir Selangor.Itu baru sebuah negeri. Apa akan jadi pada kita andai mereka berada di Putrajaya? Aku membayangkan pergaduhan berlaku di Dewan Merdeka PWTC andai mereka memerintah.Bayangkan berapa banyak kerusi akan terbang!!
TANJUNG KARANG: UMNO Selangor akan meneruskan siri kedua jelajah ‘Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan’ selepas berakhir Syawal ini bagi menjelaskan pelbagai lagi isu akibat kelemahan kerajaan negeri sekarang.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar, berkata antara perkara terbabit ialah isu berkaitan tanah di Sungai Buaya, Rawang.
Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bagaimanapun enggan memberitahu isu di kawasan berkenaan, sebaliknya berkata ia hanya akan diperjelaskan kepada rakyat menerusi siri jelajah itu nanti.
“Isu air dan pasir sudah berlalu kerana sebenarnya banyak isu lain yang akan UMNO Selangor bangkitkan. Rakyat Selangor akan tahu temberang sebenar kerajaan negeri ketika ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meraikan tetamu pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Tanjung Karang di sini, semalam.
Noh berkata, rakyat di negeri itu juga akan diberi penjelasan berhubung sikap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang yang terus berdolak-dalik mengenai penemuan kamera video tersembunyi di pejabatnya, termasuk keengganan Menteri Besar itu membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Selangor atas sokongan yang diberikan kepada Roadshow Selamatkan Selangor Darul Ehsan anjuran UMNO Selangor.Sebelum ini sebarang ceramah anjuran UMNO kurang diberi tumpuan tetapi Alhamdulillah program ini mendapat sambutan menggalakkan walaupun hujan turun.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua media tempatan dan juga blogger-blogger yang hadir disetiap program yang dijalankan
Semalam di dalam akhbar Sinar Harian, saya meminta PAS yang menjaga potfolio agama yang sentiasa bercakap soal membangun bersama Islam supaya mendesak kerajaan negeri Selangor menutup semua pusat-pusat hiburan ketika bulan Ramadhan yang akan datang tidak lama lagi.Di negeri Selangor kita sedia maklum bahawa pusat-pusat hiburan dan maksiat telah tumbuh seperti cendawan selepas hujan dan kita tidak boleh menafikan hakikat tersebut.Saya difahamkan di kawasan saya sendiri telah dibina pusat-pusat tersebut dan menunjukkan bahawa kegiatan ini telah menular ke luar bandar disebalik kewujudannya di kawasan bandar.
UMNO Selangor telah melancarkan Roadshow Selamatkan Selangor Darul Ehsan bermula minggu lepas.Di dalam ceramah tersebut saya telah mendedahkan bagaimana penyelewengan KSSB terhadap pengeluaran pasir dan dalam masa yang sama saya juga menyentuh tentang isu air yang masih belum ada kesudahannya.
Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor atau Projek Langat 2 ini adalah hasil usaha Kerajaan Persekutuan dalam memastikan Selangor tidak akan mengalami krisis air menjelang 2014.Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan hampir 2 billion setakat ini untuk memastikan projek ini berjalan mengikut apa yang dirancang.Tujuan projek ini adalah utk membawa air dari Pahang ke Selangor.Kajian terperinci telah dibuat sekiranya kita tidak membuat projek Langat 2 ini, Selangor akan mengalami krisis air menjelang 2014.Kerajaan Persekutuan telah meluluskan budget untuk projek ini dengan menjadikan kawasan Langat sebagai pusat rawatan air.Projek ini telah dimulakan dan terowong untuk laluan air juga telah dibina di negeri Pahang malangnya sampai di negeri Selangor air tidak boleh masuk.
1. Yayasan Selangor telah ditubuhkan pada 5 November 1970 di bawah Akta Syarikat iaitu sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan. Tujuan utama ditubuhkan adalah untuk memberi peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan pelajaran, biasiswa dan latihan untuk warganegara Malaysia dan rakyat Selangor khasnya.
2. Yayasan Selangor wujud adalah hasil daripada keinsafan beberapa cendekiawan yang menyedari bahawa bilangan pelajar bumiputra sangat berkurangan di sekolah-sekolah menengah yang baik dan terbesar di bandar seperti Kuala Lumpur. Bilangan pelajar bumiputra dalam jurusan sains dan matematik sangat ketara jauh ketinggalan dengan kaum-kaum yang lain. Menyedari hakikat ini, maka kumpulan cendekiawan telah mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya langkah-langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah ketinggalan tersebut daripada berlanjutan.
3. Kelemahan dan kekurangan yang terdapat di kalangan pelajar-pelajar bumiputra perlu dibaiki segera. Mereka mencadangkan Kerajaan Negeri menubuhkan sebuah badan pendidikan yang berasingan yang boleh mengeluarkan perbelanjaan dan memberi bantuan supaya lebih ramai anak-anak bumiputra terutamanya dari luar bandar, memperolehi peluang yang sama menikmati kemudahan-kemudahan pendidikan yang hanya didapati di sekolah-sekolah yang besar di Kuala Lumpur.
4. Dengan kerjasama Kementerian Pelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia), maka satu rancangan telah dibuat di mana pelajar-pelajar yang baik prestasinya di peringkat awal prasekolah menengah, dipilih dan diserapkan ke sekolah-sekolah yang besar di Kuala Lumpur di bawah Dasar Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor.
5. Penubuhan Asrama Yayasan Selangor telah dapat menempatkan pelajar-pelajar terpilih di sekolah-sekolah yang terpilih di sekitar Kuala Lumpur. Asrama yang pertama didirikan oleh Kerajaan Selangor ialah Asrama Dr Latif (ADL), di Persiaran Gurney, Datuk Keramat pada 1971.
6. PERKEMBANGAN PENTADBIRAN YAYASAN SELANGOR - Yayasan Selangor telah mengalami perkembangan yang baik dengan pentadbiran yang telah dikendalikan oleh 4 orang pentadbir (Pengurus Besar selaku Ketua Pegawai Eksekutif) sebelum diambilalih oleh pentadbir baru. Antara pentadbir adalah seperti berikut:
Saya telah memberi kenyataan kepada beberapa media tempatan berkenaan dengan khabar angin mengatakan adanya persaingan diantara saya dan DS Khir Toyo tentang isu pasir yang sedang hangat di Selangor. Saya tiada masa untuk melayan dakwaan Adun Seri Muda kononnya saya bersaingan bersama DS Khir dan cuba memalukan beliau.Ianya hanyalah dakwaan liar yang sering dilemparkan kepada saya selama ini.
Isu pasir ini sebenarnya bukti kegagalan kerajaan negeri Selangor sekarang dalam mencorak pentadbiran negeri yang lebih berkesan. Dahulu ketika pemerintahan BN, pihak majlis daerah yang memantau perjalanan perlombongan pasir tetapi selepas pembangkan memerintah mereka telah menubuhkan KSSB dengan alasan mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka telus di dalam pengurusan pasir supaya mendapat hasil yang banyak.
Saya telah mendedahkan penyelewengan KSSB dalam pengurusan pasir ini minggu lepas. Bukti-buktinya akan saya dedahkan tidak lama lagi untuk pembaca tengok dan faham apa yang saya perkatakan selama ini. Sebenarnya kuasa pasir di Selangor ini bukannya terletak di tangan KSSB tetapi telah dimonopoli oleh syarikat lain yang mendapat keistimewaan daripada KSSB. Syarikat ini diberi diskaun yang banyak berbanding syarikat-syarikat lain. Ini telah menunjukkan bahawa syarikat tersebut adalah broker kepada KSSB dan kita wajib mempertikaikan kenapa perkara ini berlaku.Kita juga perlu tau kemana perginya duit diskaun yang diberi keistimewaan tersebut.
Itu baru berkenaan dengan isu diskaun pasir dan saya belum memperkatakan tentang pasir halus yang dilarang dijual kerana hanya pasir kasar sahaja yang boleh dijual di Selangor. Saya mempunyai bukti kukuh adanya dokumen yang telah diubah dalam penjualan pasir halus ini. Hal-hal seperti ini harus kita dedahkan supaya rakyat tahu dan sedar sikap sesetengah pemimpin kerajaan negeri sekarang yang semakin seronok mengaut keuntungan di atas hasil bumi Selangor.
Apabila pembongkaran pasir berlaku, pembangkang dia tidak boleh menjawap semua persoalan.Mereka cuba mencipta masalah lain dengan menuduh UMNO Selangor berbalah dengan harapan masalah ini boleh dialihkan. Saya tidak terkejut dengan khabar angin ini kerana sudah menjadi strategi pembangkang dari dahulu hingga sekarang sekiranya ada masalah di pihak mereka, mereka akan mengaitakan dengan UMNO.
Saya ingin tegaskan bahawa perancangan ini adalah atas persetujuan saya bersama DS Khir. Beliau akan mendedahkan isu pasir ini diperingkat akar umbi dan saya akan mendedahkan penyelewengan isu pasir ini dari dalam melalui KSSB. Sebagai Ketua Pembangkang Selangor DS Khir telah melakukan gerak kerja yang baik dengan mendedahkan banyak perkara secara fizikal.
Inilah tektik pembangkang apabila mereka diserang dengan bermacam-macam isu penyelewengan. Oleh sebab itu saya awal-awal lagi telah bersedia dengan khabar angin seperti ini. Pembangkang akan memberikan lebih perhatian kepada UMNO Selangor berbanding kebajikan rakyat kerana mereka takut. Mereka takut rakyat akan sedar tentang keburukan mereka.
Malangnya tindakan mereka ini ibarat Kera Di Hutan Disusukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan. Mereka lebih memberi tumpuan kepada agenda politik sehinggakan kebajikan rakyat Selangor terus terabai.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengajak rakyat supaya hadir ke program Roadshow Selamatkan Rakyat Selangor yang dianjurkan UMNO Selangor untuk mengetahui kisah sebenar kepincangan kerajaan Selangor sekarang.Jumpa Anda Di sana.
KUALA LUMPUR, 21 Julai – Pembangkang kini cuba mengalih tumpuan ramai daripada isu pasir di Selangor dan cuba mengada-adakan pembohongan konon berlaku krisis dalam UMNO Selangor.
Cubaan menyebarkan khabar angin dan fitnah itu bertujuan melaga-lagakan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Dato’ Seri Dr Mohammad Khir Toyo dengan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Dato’ Seri Noh Omar, kononnya kedua pemimpin kanan UMNO Selangor ini masing-masing hendak menjadi juara isu pasir di Selangor.
“Saya nak beritahu yang Shuhaimi ini tidak faham dengan apa yang saya dan Dr Khir buat. Ini menunjukkan mereka tak tahan apabila ada dua orang menyerang mereka dalam sudut yang berbeza.
“Dr Khir Toyo serangannya dengan mendedahkan on the ground di tanah-tanah, pasir-pasir yang dicuri. Saya naik helikopter, kita nak mengesahkan supaya rakyat lebih jelas nampak bahawa apa yang di cakap oleh Khir Toyo itu betul.
“Keduanya, tindakan antara saya dengan Khir Toyo ini memang dah dirancang, memang berbeza. Dr Khir mendedahkan on the ground tetapi saya mendedahkan penyelewengan, penyelewengan di dalam pentadbiran KSSB itu sendiri.
“Di mana saya telah mendapat bukti, bahawa ada berlakunya kroni, ada berlakunya pilih kasih yang mana sekarang ini isu pasir ini pihak kerajaan negeri terpaksa jawab dari dua angle,” ujarnya yang ditemui krew umno-online selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di sini petang ini.
Menurutnya, mereka terpaksa menjawab isu curi pasir yang didakwa KSSB tak tahu manakala pihak KSSB pula terpaksa menjawab bahawa bagaimana pentadbiran dan penyelewengan ini boleh berlaku.
Maka, jelasnya, pembangkang tidak boleh menjawab isu-isu dan serangan dari kedua pemimpin ini, akhirnya mereka reka cerita baru bagi mengalih perhatian rakyat supaya lupa isu pasir tetapi dalam masa yang sama, mengambarkan kononnya kedua pemimpin ini menghadapi konflik sesama mereka.
“Ini taktik yang digunakan oleh pembangkang dan kita juga melihat bahawa mereka tidak tahan dengan cara, strategi kita yang baru bahawa ada satu-satu isu yang kita timbulkan, dia akan ada sahut-menyahut.
“Kita akan main dengan isu ini dengan cara sendiri, dengan cara kita sendiri, biarlah 10 orang pun bercakap tetapi matlamat UMNO Selangor satu sahaja, nak mendedahkan kepada rakyat betapa pembohongan, hipokrit yang dibuat oleh parti PKR,” kata beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Pada masa yang sama, Noh turut menjelaskan, sebenarnya Naib Presiden PKR, Azmin Ali seronok dengan pendedahan yang dibuat UMNO ini kerana pada satu ketika dulu, PKR sendiri menyerang kerajaan negeri sehingga berjaya menukar pengerusi PKR negeri Selangor.
“Sekarang, orang UMNO pula tekan. Jadi dah tentu ada pihak-pihak dalam PKR ini yang seronok, yang tepuk tangan supaya MB diberikan tekanan yang mungkin akhirnya akan meletakkan jawatan, boleh Azmin jadi MB yang baru,” ujarnya.
Noh yakin rakyat sudah sedar dan tidak mahu lagi tidak mahu bersubahat dengan pembangkang lagi.
Sehubungan dengan itu, beliau menyarankan kepada pemimpin-pemimpin pembangkang khususnya ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang agar menjaga `rumahtangga’ parti sendiri dan tidak melaga-lagakan pemimpin UMNO untuk mengekalkan survival politik mereka dalam memenangi hati rakyat. -MediaUMNO
Pewujudan syarikat tunggal Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) menguruskan pasir dari tanah-tanah kerajaan menjadi KSSB tidak kompetitif, tidak telus dan tidak bertanggungjawab. KSSB di beri hak eksklusif oleh pentadbiran kerajaan negeri untuk melombong pasir di negeri ini. Di lihat kerajaan negeri cuba mewujudkan monopoli dalam industri pasir. KSSB tidak takut hilang perniagaan kerana mereka tidak mempunyai pesaing dalam industri ini.
Akibat kegiatan mencuri pasir yang berleluasa sekarang di lihat kerajaan negeri gagal menunai janji untuk mengutip hasil pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009. Janji sasaran kutipan RM 150 juta hasil pasir ini jelas disebutkan dalam ucapan bajet 2009 Dato’ Menteri Besar. Namun ketika bentang bajet 2010 pada November 2009, YAB MB menyatakan sehingga 21 Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diperolehi hanya RM 4,678,021.84. Ini hanya 3 % sahaja dari jumlah sasaran. Ia tersasar jauh, bagai langit dengan bumi.
Menteri Besar mendakwa kewujudan hanya satu syarikat boleh membendung aktiviti mencuri pasir. Persoalan mengapa masalah kecurian pasir masih berleluasa dan kerap dilaporkan? Antaranya dakwaan kegiatan curi pasir di belakang kampus Unisel, Lembangan Sungai Langat di Kuala Langat dan Dengkil, Sepang. Malah ada laporan polis dan dakwaan kecurian pasir menggunakan lori KSSB di mana KSSB merayu atas kompaun akibat “kesalahan mengeluar bahan batuan tanpa wibawa yang sah” misalnya di Kuala Selangor. SPRM turut menahan setiausaha sulit seorang Exco kerajaan negeri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan kelulusan kontrak perlombongan pasir dan lawatan ke China.
Ketika mendedahkan perkara ini, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini mendakwa mempunyai bukti wujud penyelewengan dan amalan pilih kasih oleh anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dalam menawarkan pembelian pasir kepada syarikat kontraktor.
Beliau mendakwa, daripada maklumat yang diperolehnya, sebuah syarikat diberikan diskaun sebanyak 22 peratus atau RM4.00 bagi pembelian satu tan pasir yang berharga RM17.50 sementara syarikat-syarikat lain hanya diberi potongan 50 sen sahaja bagi setiap tan pasir yang dibeli."Atas keistimewaan ini, saya difahamkan syarikat itu telah mengambil kesempatan dengan menjadi broker penjualan pasir kepada syarikat-syarikat lain dan membuat keuntungan besar.
"Adakah syarikat itu menjadi proksi mana-mana parti politik. Apa muslihat kerajaan negeri sehingga beri cukup keistimewaan kepada syarikat itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mendakwa KSSB turut memberi kemudahan kredit kepada sebuah syarikat dan lima kontraktor untuk mengorek pasir pasir tanpa perlu membayar deposit.
"Syarikat-syarikat terbabit menyalahgunakan keistimewaan itu dengan tidak membayar kepada KSSB selepas mengorek pasir. Sikap pilih kasih ini juga menyebabkan KSSB hanya jadi alat dan kuda tunggangan kepada syarikat-syarikat tertentu,” katanya. Noh mendakwa KSSB juga membenarkan pihak kontraktor memproses dan menjual pasir halus di kawasan melombong tetapi mengeluarkan resit yang menyatakan bagi pengeluaran pasir kasar.
Namun kata Noh terdapat juga kemungkinan ada-ada unsur penipuan kepada Pejabat Tanah oleh pihak KSSB dalam soal pembayaran doket pasir. KSSB membayar doket kepada Pejabat Tanah sebanyak RM3.00/tm. Mengambil contoh bukti penipuan yang berlaku di Lot 19439 di Rawang pada tahun 2009. KSSB membayar sebanyak RM 30 ribu untuk pengeluaran 10,000 tm pasir dengan kadar bayaran RM3.00 bagi setiap 1 tm.
KSSB pula mengenakan bayaran doket kepada sebuah syarikat kontraktor sebanyak RM8.00 bagi setiap 1 tm. Bukti yang didapati adalah syarikat berkenaan telah membayar KSSB sejumlah RM116,400 bagi pengeluaran 14,550 tm pasir 4550 tm daripada apa yang diistiharkan oleh pihak KSSB kepada Pejabat Daerah Gombak. Ini bermakna pihak KSSB telah menipu Pejabat Tanah Gombak!
Lebih memburukkan, KSSB turut mengawal kutipan doket pasir yang dahulu dibuat oleh pejabat tanah daerah. Pihak swasta telah ambil alih peranan kerajaan. Ini lebih mendedahkan pada amalan rasuah dan penyelewengan. Kerajaan negeri sepatutnya mengambil tindakan dengan memberhentikan pemberian permit pasir sekiranya mereka ingin menyelesaikan masalah pasir dengan telus dan bukan menyalahkan kerajaan Persekutuan atas kegagalan mereka. Jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah membubarkan KSSB dan melantik semula pejabat tanah untuk mengutip hasil pasir negeri.